Sunday, March 7, 2010

bile dah sakit...

aku bersyukur kepada Allah kerane dikurniakan tubuh badan yang sihat, kuat (makan...) & mempunyai akal yang waras. boleh katekan walaupun tubuh aku ni dikategorikan sebagai kuuusss semangat tapi jarang2 aku kene penyakit teruk2.

tapi bile sihat je memanjang tu tandenye Allah belum lagi nak turunkan ujian penyakit yang berat2 kat kite & bile sekali diturunkan penyakit "nah,amik kau!"

jadi ni la yang berlaku kat aku baru2 ni. rasenye dah hampir setaun aku takde kene demam. sekali kene demam hamek kau demam denggi terus!!! bukan calang2 denggi lak tu. dah masuk tahap denggi berdarah. so, terlantarla aku kat hospital 5hari sebabkan denggi.

demam ni lak bukan 1st day kene dah boleh detect. 3hari aku demam kat rumah baru doktor bleh sahkan yang aku kene denggi. dalam 3hari tu aku demam kat rumah, malam tak boleh tido, makan takde selera. minum pun tak lalu padahal tu yang paling penting untuk redakan sakit aku tu. makan panadol sekali je ade efek. pastu makan lagi langsung takde ape2 kesan. dahla ubat tu je yang doktor bagi.

dalam 3hari tu aku asyik ulang alik klinik je.1st day doktor bagi panadol. esoknye aku dah tak tahan sebab ubat tu dah takde efek. aku pegi lagi klinik dengan harapan dapatla ubat baru ke, antibiotik ke. kali ni siap buat ujian darah lagi. dapat je result blood test doktor cakap darah masih normal lagi. takde tande2 kene penyakit serius maupun denggi. doktor bagi panadol lagi. takde ubat lain. hadoi....

hari ketiga aku pegi klinik lagi. buat ujian darah kali kedua. kali ni baru doktor bagitau aku suspek kene denggi sebab platlet darah aku turun mendadak. tu kire tande2 denggi la tu selain kepekatan darah aku naik. pikir2 balik patutla doktor suh aku minum banyak air. rupe2nye bukan untuk sejukkan badan je tapi untuk cairkan darah gak. malam tu gak Abah, Ibu & adik aku dari JB datang KL sebab risaukan kesihatan aku.

hari keempat (Khamis, 25hb Feb 2010), aku pegi lagi ke klinik sebab demam tak kebah2. ujian darah kali ni sahkan aku kene denggi. platlet darah aku dah jatuh ke paras kritikal. aku rase kalau lambat sikit aku boleh 'gol' kot. hishhh.... terus doktor refer aku ke hospital. first time merase kene masuk air. orang kate sakit tapi takdela sangat. sakit sikit je dari amik darah.

pastu ade lagi satu masalah. FYI, klinik yang aku pegi ni letak kat tengah2 laluan 2 hospital. hospital kajang & hospital serdang. jarak dua2 lebih kurang cume hospital serdang moden sikit dari hospital kajang. klinik ni nak refer aku ke hospital kajang sebab klinik ni bawah pentadbiran kajang. mak aku lak kalau boleh nak aku masuk hospital serdang. kebetulan lak mase tu ambulans yang nak bawak aku takde - giler ah... aku dah masuk level kritikal ambulans takde. nak suh aku pegi ICU naik bas ke? so, mak aku suh pihak klinik call ambulans serdang.

lepas abis masalah tu last2 aku  dihantar ke hospital serdang sebab diorang je yang ade ambulans mase tu. tapi mase tu aku tak tau lagi aku ni masuk hospital mane. sebab mase ambulans sampai tu aku dah dibaringkan atas stretcher, hidung kene sumbat dengan tiub oksigen. masuk dalam ambulans cume ade aku, abah & sorang paramedik. aku tanye kat abah diorang nak hantar aku ke hospital mane? abah jawab hospital kajang. die pun tak tau sebab kat dalam ambulan manela nampak jalan kat luar. so, aku redha jela walaupun orang kate hospital tu hospital lame. janji rawatan diorang same cam hospital lain.

sampai je kat hospital aku masih blur2 lagi. kat hospital mane ni? aku lak dari klinik bangi sampai ke hospital asyik terbaring  je atas stretcher. tau2 je aku ditempatkan sementara kat wad kecemasan. ibu bawak makanan untuk aku sebab dari pagi sampai nak masuk tengahari tak jamah ape2 pun. dahla tengah sakit. mase ni baru aku tau aku ni kat wad kecemasan hospital serdang. ibu suapkan nasi dengan lauk ikan.

pastu ade lak sayur brokoli makcik aku bekalkan supaya aku ade tenaga sikit. baru je makan 4 batang, aku terus mintak plastik kat ibu. tau2 je la ape jadi lepas tu. segala yang baru aku makan keluar balik ikut mulut (muntah le...). terus badan aku lemah balik. kesian ibu... penat2 die suapkan nasi pastu tanpa kerelaan aku keluarkan balik. sedih aku tengok ibu tergesa2 carikan plastik pastu tepuk2 belakang aku. nasib baikla sempat dapat plastik. lepas je kejadian tu aku dah hilang selera nak makan nasi biase. bile ibu @ makcik aku bawak bubur barula aku ade selera.

sambung nanti boleh tak? banyak lagi nak cerite tapi sambung kat post lainla. nak rehat2 jap...