Friday, February 19, 2010

bila terpaksa memilih...


dalam hidup ni pasti akan ade waktu2 tertentu bile kite terpakse membuat pilihan yang akan memberi kesan yang sangat besar dalam hidup kite. pulak tu mase tu kite betul2 berada di persimpangan (simpang 3). nak pilih jalan kanan @ kiri? takde lagi jalan tengah. mase tu mungkin ade yang terfikir, "kan bagus kalau boleh patah balik." masalahnye nak patah balik camne kalau umur makin meningkat, bukan makin muda. jadi memang takde jalan lain selain terus ke depan & sekarang ni jumpe lak simpang 3.

kanan @ kiri? terpulang sejauh mane kite dah fikir baik @ buruknye setiap pilihan yang ade tu. mungkin sesetengah orang cakap, "pilihla jalan kanan. biasenye jalan belah kanan ni senang macam simpulan bahasa 'langkah kanan' la." ade lak orang yang cakap, "jalan kiri la baru 'thrill'... susah2 pun boleh amik pengalaman dari kesusahan tu." memang tiap2 pilihan tu berbeza2 cabarannye. mungkin yang 1 lebih susah dari yang 1 lagi tapi hasilnye sangat berbaloi. contohnye nak pilih keje dengan orang (makan gaji) @ keje sendiri (bukak bisnes). keje sendiri senang, dengar arahan orang, ikut cara kerja orang lame, cukup bulan cucuk dinding keluar duit. keje sendiri kena cari modal, rancang bisnes betul2, tahan risiko tapi bile dapat untung rase macam nak terbang.

apesal aku ni dari posting yang lepas asyik bercakap pasal topik ni je. hmmm... sebenarnye saje aku nak cerite pasal bab pilih memilih ni. macam yang aku dah cakap hari tu, hidup ni tak boleh lari dari berdepan dengan pilihan. lagi satu sebab kenape aku sentuh topik ni sebabkan aku ni jenis orang yang tak pandai nak buat pilihan & tak memilih, main tala sebarang je. selalunye bile berdepan dengan pilihan, aku lebih suke orang lain yang pilihkan untuk aku. sebab aku rase pilihan @ citarasa orang lagi bagus kot dari aku. lagi satu aku suke keadaan @ sesuatu bende yang tentukan pilihan aku.

dulu bile nak beli baju, selalunye aku suruh abang aku yang pilihkan sebab abang aku ni 'style' boleh tahan a. sekali amek kau!!! semua baju yang die belikan aku corak belang2 melintang. cikgu KH aku cakap, baju melintang jadikan kite nampak gemuk. aku ni dah le gemuk, pakai baju belang dah nampak pendek lak. gemuk + pendek = tak boleh blah!!!... dah tak pasal2 kat kolej aku disinonimkan dengan baju belang. malu sehhh.... dahla tu, kebanyakan baju tu kaler merah. dalam gerobok aku pun boleh kate 70% baju kaler merah. lagi 30% baju kemeja je. dah dapat satu lagi gelaran 'santa claus'. adoyai... jadi sekarang ni bile dah pegang duit sendiri, bile nak beli baju aku sendirila yang pegi kedai pilih sendiri baju. tapi macam tak boleh lari lak dari dipengaruhi corak belang2. mesti ade 1 @ 2 helai.


ade sekali tu mase kat kolej, bile cuti sem, biasela ramai 'student' balik kampung kan. bebudak ni sibukla beli tiket awal2 supaya senang nak rancang perjalanan @ takut tiket habis. maklumla cuti serentak dengan U lain. tapi aku ni boleh lak tak beli tiket. konon2nye nak beli 'on the spot'. pastu bile dah nak balik, aku pun berdepan dengan 2 pilihan. nak balik naik bas ekspress @ tren? tengah jalan2 kaki sambil2 fikir sampaila aku kat 'bus stop'. sambil2 duduk tunggu bas aku dok fikir2 pasal 2 pilihan tu. sebelum tu aku nak bagitau, dalam U aku ni ade 2 bas yang masuk sampai dalam kampus. 1 tu bas 'feeder' yang bawak orang pegi stesen LRT (dari LRT boleh turun KL Sentral amik tren), lagi 1 bas Metro bawak orang sampai Pasar Seni (dari situ jalan kaki sampai Puduraya amik bas). jadi, balik kat cerite asal, 'last2' aku biarkan pilihan aku ditentukan oleh bas pertama yang berhenti amik aku. kalau bas 'feeder' maknenye aku balik naik tren, kalau bas Metro aku naik bas. tunggu punye tunggu, akhirnye bas Metro sampai dulu. maka aku pun balik kampung naik bas ekspress. sekian...

p/s: aku ingat nak cerite lagi a pasal topik ni dalam posting akan datang. banyak lagi nak cerite ni.

Tuesday, February 16, 2010

THE ROAD NOT TAKEN - ROBERT FROST

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence,
Two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Hidup & Pilihan...

aku sangat suke dengan perkataan ni - pilihan, memilih & ape2 je perkataan yang berkatadasarkan PILIH. ini termasuklah pilihanraya sebab secara langsung & tak langsung memberi kesan dalam hidup kite.

baiklah, berbalik kepada perkataan asal 'PILIH'. kenape aku suke perkataan ni? sebabnye mudah. dalam hidup ni kite tak boleh lari dari membuat pilihan. sebenarnye, same ade kite sedar @ tak, pilihan ade sejak mule kite celik mata sampaila mata kite pejam (sementara @ selama2nya). contohnye, bile kite celik mata dari tidur kite dah diberi pilihan same ade nak bangun & terus lakukan rutin harian @ tarik selimut & sambung tidur. kedua2 pilihan ni ade pro & kontra. begitu jugak dengan pilihan2 yang lain.

bagi aku, pilihan diberi sebab setiapnye ade baik & buruk. kalau cume satu pilihan je yang baik & satu lagi buruk tu bukanla pilihan sebaliknya satu arahan mandatori yang kalau kite tak ikut akan membawa keburukan. contoh paling mudah "nak curi @ tak?" yang ni kalau korang rase perlu fikirkan dulu sebelum buat keputusan maknenye adela kabel2 neuron dalam kepala tu dah putus. hehehe...

dalam hidup ni kite selalunye berhadapan dengan pelbagai pilihan2 yang mudah untuk diputuskan contohnye "hari ni nak pakai baju ape?", "malam ni nak masak sendiri @ makan kat luar?", "kalau nak makan kat luar, nak makan kat kedai mamak @ siam?" & segala macam bentuk pilihan yang kalau nk putuskan gune duit syiling pun takpe.

tapi camne lak dengan pilihan2 yang akan mengubah hidup kite pade mase2 akan datang? contohnye, mase kat sekolah & kolej kite diberi pilihan same ade nak amik subjek sains @ sastera. ni dah tentu akan merubah halatuju kite dalam pelajaran. kalau pilih subjek sastera senang sikit nak bawak tapi bile dah masuk keje nanti (kate orang la) keje tak best, gaji pun kurang. terpulangla pade kite nak putuskan sebab setiap pilihan ade baik buruknye.

tu baru je 1 contoh. belum lagi tengok berape banyak lagi contoh2 pilihan yang bakal menentukan nasib kite pada mase depan. kalau nak tau lagi mungkin aku akan sambung dalam 'posting' yang akan datang bile idea masuk dalam kepala ni.

sekian dulu untuk kali ni. selamat membuat pilihan...!!!

Monday, February 15, 2010

Kau Ilhamku...

malam semalam aku tebangun pepagi bute. aku bukak laptop & aku online Facebook (FB) aku. aku bace status2 kekawan dalam FB. aku bace komen2 orang kat aku, tulis komen kat orang, bace status2 aku yang lepas2. pastu aku terfikir...

  1. "camne nk view balik status2 aku yang lepas dalam FB ni? kalau stakat yang minggu lepas bolehla klik kat 'older post' tapi tu pun kene berape kali klik baru jumpe status yang kite nak."
  2. "kat mane agaknye status2 yang kite tulis dalam FB tu lps 2-3bulan? tak penah lagi aku cube cari status yang dah lebih 1bulan. kalau yang dah 1tahun camne lak? dah kene 'delete' dgn bebudak Zuckerberg ke? abisla kalau camtu. berape banyak status aku dah tulis dalam tu. ade yang penting lak tu."
  3. "status yang selalu aku tulis takdela memanjang sangat sebab dalam FB ni dah normal status yang orang tulis pendek & ringkas. rase bosan gak sebab tak puas menulis. kekadang tu sekadar nak bagitau keadaan semasa @ bende2 penting yang baru jadi bolehla 'update' terus dalam FB. tapi camne lak tetibe datang ilham nak ceritakan sesuatu tapi cerita tu terlalu panjang nak ditulis dalam 'status box' FB yang kecik 2?"
jadi dari situ la tetibe datangnye ilham kat aku malam tadi untuk aktifkan balik blog ni. tapi bukan tu je. ade gak blog2 dari individu2 yang memberi aku ilham untuk aktif mem'blogging' ni. antara yang paling banyak mempengaruhi aku adalah:
  1. Blog Awang Goneng (AG) - name betul die aku tak ingat lak. die ni penulis buku 'Growing Up in Trengganu'. aku beli buku die mase aku keluar dengan N (bukan name sebenar) kat MPH Midvalley. pastu N dengan baiknye pegi dapatkan autograf AG mase die datang promosi buku die kat UIA. AG banyak menulis dalam blog die sebelum tulisan tu dijadikan buku. blog die lebih banyak berfungsi sebagai diari @ jurnal yang die kate untuk bacaan anak cucu die supaya diorang tak lupe darah keturunan diorang dari Terengganu. untuk makluman, AG ni berasal & dibesarkan di Kuala Terengganu tapi sekarang menetap di Eropah (UK kalau tak silap aku). penulisan dalam blog die ni sangat menarik sebab die menceritakan balik zaman2 die dibesarkan di Terengganu. sangat sesuai dibaca oleh mereka2 yang berada di perantauan supaya tak lupa asal usul kite.
  2. Blog Haslinah Mustapha. die ni aku kenal mase aku praktikal kat pejabat IRDA (Iskandar Regional Development Authority). tak pernah jumpe pun tapi die kenal dengan adik ipar abang aku sebab same2 bidang keje. mase kat ofis dulu selalu gak la 'chatting' dengan die dengan YM (curik tulang. hehehe...). kebetulan lak status die dalam YM 'link' dengan blog die. ade satu hari tu bile aku klik je kat name die, blog die tetibe muncul. jadi aku pun amik kesempatan la bace blog die. risau gak aku kalau die marah aku bace blog die tanpa kebenaran. tapi dah name pun blog, rasenye tak salah kalau kongsikan dengan orang lain. harap kalau Cik Haslina terbace 'post' ni janganla marah ye. mintak ampun & maaf kalau berlaku pencerobohan peribadi yang tak disengajakan. tapi blog awak memang 'best'. tak boleh lupe gambar kucing awak yang mati kena langgar tu. sangat horror... "so live your life!"
  3. Blog Nur Nazrah. die ni dulunye jiran aku mase aku duduk kuarters kakitangan kerajaan kat Kompleks Sultan Abu Bakar. sekarang ni die keje kat Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. aku pun tak tau same ade aku bace blog die ni dengan kebenaran @ aku dah menceroboh blog orang lagi. jadi, sekali lagi kalau Cik Nazrah terbace post ni harap2nye dapatla maafkan saye sebab dengan tak berniat telah membaca blog awak. tapi saya nak bagitau yang tulisan awak dlm blog tu sangat menyentuh hati kami sekeluarga. kami sangat tak sangka perkara itu berlaku dalam hidup awak. kami harap & doakan awak sentiasa kuat & tabah dengan kesusahan yang awak hadapi & memperoleh kehidupan yang lebih cerah pada masa depan. sebagai jiran lame, kami kat sini akan sentiasa menyokong keluarga Pakcik Mail & Makcik Ana.
  4. filem 'The Perfect Man' lakonan Hillary Duff & Heather Locklear. dalam filem ni Holly (lakonan Hillary Duff) selalu menulis dalam blog die ape2 je yang die rase mase 2. filem ni aku tengok mase tahun 2006 jadi ni mungkin ilham pertama aku untuk menulis blog. tapi ilham tu mati di pertengahan jalan. tu pasal aku stop menulis sebaik je tulisan pertama aku menerjah ruangan siber ni. sedih...
maka dengan turunnye ilham kat aku malam tadi, aku dengan mata terpisat2 terus log in dalam Blogspot & terus menulis 'posting' yang pertama setelah 3 tahun koma dalam ruangan siber. aku sampaikan penghargaan kepada individu2 yang telah memberi motivasi kepada aku untuk kembali menulis dalam ruangan kecik ni.

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

WORK IN PROGRESS

blog ni sedang dalam proses penjenamaan semula. aku sedang men'setting semule layout2, side gadgets & ape2 jela untuk mengubah imej blog ni yang aku rase agak dull. kat mane nak dapat 'chat box' yang biase aku nampak kat blog lain tu? tolong2!!!

nak tulis ke tak? tulis jela...

tibe2 rase nak hidupkan semule blog ni. tak tau dari mane datang keinginan ni. mungkin terinspirasi dari kawan2 yang aktif menulis. kalau nak dikategorikan, blog ni dah dikategorikan sebagai dead blog. cube perhatikan blog archive kat sebelah. last aku posting tahun 2007. kirenye dah 3 tahun sejak last aku menulis dalam ruang kecik ni. tu pun sekadar episod pengenalan je. nasib baikla blog ni tak kena block sebab menyemakkan je dalam ruang siber ni.

aku pun tak pasti same ade blog ni akan terus aktif lepas posting ni @ kembali koma untuk 3 tahun lagi. cume yang aku plan, dalam mase yang terdekat ni aku nak kongsikan dengan korang semua pasal ape2 je yang terlintas dalam kepala aku ni. mungkin benda2 penting (bagi aku la...) yang berlaku dalam hidup aku ni ke, tak pun mungkin luahan hati aku ke. ade ke luahan hati? kenape tak luahkan perasaan tu kat mak abah, adik beradik, kawan2 ke? hmmm... susah sebenarnye nak luahkan rase kat orang lain bile kite bersifat 'introvert' @ pemendam. cubela korang jadi diri aku ni kalau nak tau rasenye. segan gile beb...

aku pun tak berharap blog ni akan mendapat hits yang beribu2. takde ape pun yang menarik nak tunjuk kat korang. kalau nk download lagu ke, video ke, banyak blog2 lain yang korang boleh pegi. tapi buat mase ni aku tak fikir lagi nak jadikan blog ni tempat untuk men'download.

jadi dengan sedikit cebisan penulisan yang aku kongsikan di sini, aku harap dapat menghiburkan korang sebagai pelawat blog aku. aku mintak maaf sekiranya ade terkasar bahase @ penulisan ni menganggu perasaan korang. sebarang cadangan sila kongsikan supaya aku tau kat mane kelemahan2 aku.

sekian...