Assalamualaikum wbt...
Aku masih lagi tercari2 ke arah mane aku nak bentukkan blog
aku ni. Selalunye post2 yang aku tulis dalam blog ni adalah bende2 yang umum,
tak spesifik pada sesuatu kategori (i.e hiburan, politik, etc.). Tapi bile
review balik dah macam ape lak blog aku ni bile semua cerita bende yang aku
sendiri paham.
Kebanyakan blog yang aku tengok sumenye ade tema &
tujuan. Ade orang gune blog sebagai penyebar berita (hiburan, hal dunia, cerita
pelik2 & mcm2 lagila). Ade yang gune untuk buat bisnes online. Yang paling
femes rasenye blog pasal politik. Yang ni memang paling hangat la dalam Malaysia
sekarang ni. Blogger2 ni memang aku tabik spring katil King Koil la sebab
diorang ni memang betul2 jage pengisian blog supaya tak terlencong. Kalau blog
politik tu post2 die memang pasal politik jela. Takdela pulak aku tengok dari
posting pasal BN vs PR tetibe posting jual tudung lak.
Kadang2 tu ade terpikir, blog aku ni perlu ke nak tukar halatuju
& pengisian? Kalau aku dah fixkan pada sesuatu kang takut dah takde idea
nak tulis ape lak. Jadi rasenye tak perlu la aku nak ubah blog aku ni jadi blog
hiburan ke, blog politik ke, ape ke. Biarla blog aku ni cerita bende2 yang tak
spesifik. Yang penting pengisian tu pasal bende2 yang boleh kite share same2
& sesuatu yang berharga untuk orang luangkan mase untuk baca. Post2 yang
agak peribadi lepas ni aku nak kurangkan sikitla. Kang kalau banyak sangat
takut jadi blog curahan hati lak.
Okla, cukupla setakat ni dulu aku meraban dalam ni. Aku nak
mencari bahan untuk posting yang akan datang pulak. Ok, babai!
Wassalam...