- "camne nk view balik status2 aku yang lepas dalam FB ni? kalau stakat yang minggu lepas bolehla klik kat 'older post' tapi tu pun kene berape kali klik baru jumpe status yang kite nak."
- "kat mane agaknye status2 yang kite tulis dalam FB tu lps 2-3bulan? tak penah lagi aku cube cari status yang dah lebih 1bulan. kalau yang dah 1tahun camne lak? dah kene 'delete' dgn bebudak Zuckerberg ke? abisla kalau camtu. berape banyak status aku dah tulis dalam tu. ade yang penting lak tu."
- "status yang selalu aku tulis takdela memanjang sangat sebab dalam FB ni dah normal status yang orang tulis pendek & ringkas. rase bosan gak sebab tak puas menulis. kekadang tu sekadar nak bagitau keadaan semasa @ bende2 penting yang baru jadi bolehla 'update' terus dalam FB. tapi camne lak tetibe datang ilham nak ceritakan sesuatu tapi cerita tu terlalu panjang nak ditulis dalam 'status box' FB yang kecik 2?"
- Blog Awang Goneng (AG) - name betul die aku tak ingat lak. die ni penulis buku 'Growing Up in Trengganu'. aku beli buku die mase aku keluar dengan N (bukan name sebenar) kat MPH Midvalley. pastu N dengan baiknye pegi dapatkan autograf AG mase die datang promosi buku die kat UIA. AG banyak menulis dalam blog die sebelum tulisan tu dijadikan buku. blog die lebih banyak berfungsi sebagai diari @ jurnal yang die kate untuk bacaan anak cucu die supaya diorang tak lupe darah keturunan diorang dari Terengganu. untuk makluman, AG ni berasal & dibesarkan di Kuala Terengganu tapi sekarang menetap di Eropah (UK kalau tak silap aku). penulisan dalam blog die ni sangat menarik sebab die menceritakan balik zaman2 die dibesarkan di Terengganu. sangat sesuai dibaca oleh mereka2 yang berada di perantauan supaya tak lupa asal usul kite.
- Blog Haslinah Mustapha. die ni aku kenal mase aku praktikal kat pejabat IRDA (Iskandar Regional Development Authority). tak pernah jumpe pun tapi die kenal dengan adik ipar abang aku sebab same2 bidang keje. mase kat ofis dulu selalu gak la 'chatting' dengan die dengan YM (curik tulang. hehehe...). kebetulan lak status die dalam YM 'link' dengan blog die. ade satu hari tu bile aku klik je kat name die, blog die tetibe muncul. jadi aku pun amik kesempatan la bace blog die. risau gak aku kalau die marah aku bace blog die tanpa kebenaran. tapi dah name pun blog, rasenye tak salah kalau kongsikan dengan orang lain. harap kalau Cik Haslina terbace 'post' ni janganla marah ye. mintak ampun & maaf kalau berlaku pencerobohan peribadi yang tak disengajakan. tapi blog awak memang 'best'. tak boleh lupe gambar kucing awak yang mati kena langgar tu. sangat horror... "so live your life!"
- Blog Nur Nazrah. die ni dulunye jiran aku mase aku duduk kuarters kakitangan kerajaan kat Kompleks Sultan Abu Bakar. sekarang ni die keje kat Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. aku pun tak tau same ade aku bace blog die ni dengan kebenaran @ aku dah menceroboh blog orang lagi. jadi, sekali lagi kalau Cik Nazrah terbace post ni harap2nye dapatla maafkan saye sebab dengan tak berniat telah membaca blog awak. tapi saya nak bagitau yang tulisan awak dlm blog tu sangat menyentuh hati kami sekeluarga. kami sangat tak sangka perkara itu berlaku dalam hidup awak. kami harap & doakan awak sentiasa kuat & tabah dengan kesusahan yang awak hadapi & memperoleh kehidupan yang lebih cerah pada masa depan. sebagai jiran lame, kami kat sini akan sentiasa menyokong keluarga Pakcik Mail & Makcik Ana.
- filem 'The Perfect Man' lakonan Hillary Duff & Heather Locklear. dalam filem ni Holly (lakonan Hillary Duff) selalu menulis dalam blog die ape2 je yang die rase mase 2. filem ni aku tengok mase tahun 2006 jadi ni mungkin ilham pertama aku untuk menulis blog. tapi ilham tu mati di pertengahan jalan. tu pasal aku stop menulis sebaik je tulisan pertama aku menerjah ruangan siber ni. sedih...
TERIMA KASIH DAUN KELADI...
No comments:
Post a Comment