tibe2 rase nak hidupkan semule blog ni. tak tau dari mane datang keinginan ni. mungkin terinspirasi dari kawan2 yang aktif menulis. kalau nak dikategorikan, blog ni dah dikategorikan sebagai dead blog. cube perhatikan blog archive kat sebelah. last aku posting tahun 2007. kirenye dah 3 tahun sejak last aku menulis dalam ruang kecik ni. tu pun sekadar episod pengenalan je. nasib baikla blog ni tak kena block sebab menyemakkan je dalam ruang siber ni.
aku pun tak pasti same ade blog ni akan terus aktif lepas posting ni @ kembali koma untuk 3 tahun lagi. cume yang aku plan, dalam mase yang terdekat ni aku nak kongsikan dengan korang semua pasal ape2 je yang terlintas dalam kepala aku ni. mungkin benda2 penting (bagi aku la...) yang berlaku dalam hidup aku ni ke, tak pun mungkin luahan hati aku ke. ade ke luahan hati? kenape tak luahkan perasaan tu kat mak abah, adik beradik, kawan2 ke? hmmm... susah sebenarnye nak luahkan rase kat orang lain bile kite bersifat 'introvert' @ pemendam. cubela korang jadi diri aku ni kalau nak tau rasenye. segan gile beb...
aku pun tak berharap blog ni akan mendapat hits yang beribu2. takde ape pun yang menarik nak tunjuk kat korang. kalau nk download lagu ke, video ke, banyak blog2 lain yang korang boleh pegi. tapi buat mase ni aku tak fikir lagi nak jadikan blog ni tempat untuk men'download.
jadi dengan sedikit cebisan penulisan yang aku kongsikan di sini, aku harap dapat menghiburkan korang sebagai pelawat blog aku. aku mintak maaf sekiranya ade terkasar bahase @ penulisan ni menganggu perasaan korang. sebarang cadangan sila kongsikan supaya aku tau kat mane kelemahan2 aku.
sekian...
No comments:
Post a Comment